Monday, November 29, 2010

ANALISIS FUNDAMENTAL


ANALISIS FUNDAMENTAL 
MINGGU 29/11/2010 – 3/12/2010

Minggu yang lepas adalah minggu yang paling gembira buat saya dan NusajayaFX dimana pelajar kita yang mengikut ‘Live Trade’ di Training Center mahupun Facebook telah berjaya dan meraih keuntungan yang berbaloi.


Untuk Fundamental, minggu lalu adalah minggu yang dimana memberi kita arah yang jelas tentang USD dan EURO. Pada Analisa Fundamental minggu lalu yang diemelkan kepada anda, saya nyatakan yang USD akan kuat hingga hari rabu dan ia ternyata telah berlaku. Analisa Fundamental adalah amat penting untuk membantu kita dalam dagangan matawang asing. Dengan ekonomi di US beransur pulih sedikit walaupun tidak berapa memberangsangkan, ia banyak telah menolong memberi kekuatan terhadap USD. Dengan juga masalah crisis kewangan di Ireland ia memberi kita traders untuk mengambil kesempatan untuk trade kita. Di dalam dagangan mata wang asing, kita perlu mengabungkan matawang wang kuat dah lemah supaya kita dapat meraih keuntungan. Dengan Data yang baik dari Amerika selama tiga minggu yang lepas, ia memberi kita gambaran bahawa USD adalah matawang yang kukuh. Dengan masalah di Ireland yang kita boleh samakan dengan Greece pada beberapa bulan yang lepas, EURO adalah matawang yang lemah sekarang.

Pada pendapat saya, ini adalah masalah yang baru bermula dan saya tidak rasa ia tidak akan dapat diselesaikan sampai hujung tahun ini. Bahkan, masalah kewangan ini boleh merebak ke Portugal dan Sepanyol. Jika ini berlaku, kita akan mendapat menyaksikan kelemahan matawang EURO untuk 4 hingga 8 minggu mendatang. Ini adalah berita baik untuk kita FX Traders yang berada di Malaysia khususnya Asia kerana ia memberi kita kebarangkalian yang tinggi untuk SELL EURO/USD untuk masa sekarang hingga hujung minggu akan datang ini. Ireland akan juga mengadakan pilihan raya pada minggu ini dan party yang memerintah dijangkakan akan kalah. Ini akan membuat pelabur untuk keluar dari Ireland untuk melabur di pelusuk dunia yang lain. Dengan tidak sengaja, pengeluaran matawang Euro dari Ireland akan menjejaskan negara-negara rangkaian di Euro secara keseluruhanya.

Berbeza pula untuk USD. Pada saat ini dengan juga masalah peperangan di Korea, pelabur telah mengeluarkan wang mereka dari sana. Mereka juga telah mengelakan melabur di Jepun kerana Korea terletak berdekatan dengan Jepun dan secara tidak langsung Yen tidak menjadi minat kepada mereka. Pada masa ini matawang yang dipanggil ‘Safe Haven’ atau ‘Surga Selamat’ adalah USD.

Perniagaan di Amerika akan rancak sedikit pada bulan Disember ini kerana factor-faktor berikut:

1) Non-Farm Payrol yang paling kukuh pada bulan October 2010.
2) Data Unemployment Claims yang menurun.
3) Perbelanjaan untuk Krismas dan Tahun Baru 2011.
4) Kenaikan Personal Income. (Gaji Pesendirian)


Pada minggu akan datang ini kita akan menyaksikan data-data yang amat penting dan saya akan mengupasnya sebaik mungkin dan memberi anda ramalan akan apa yang mungkin berlaku pada dagangan matawang asing untuk minggu ini. Ia adalah minggu yang mencabar dimana kita di NusajayaFX harus berhati-hati supaya kita boleh menjadi FX traders yang berjaya.

Berikut adalah Analisa Fundamental saya untuk minggu ini:

29th November 2010 (Isnin)

Pada hari ini kita tidak akan menyaksikan apa-apa berita atau data penting dari mana mana. Walaupun demikian, sentiment negative tentang Ireland akan tetap meluah hingga minggu ini. Kebarangkalian EURO akan tetap lemah adalah tinggi. Saya akan tetap SELL EURO/USD pada hari ini.

30th November 2010 (Selasa)

GDP Kanada: 9.30PM Waktu Spura/Malaysia. Produk Domestik Kasar meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Ogos, menyusul penurunan 0.1% di bulan Julai. Ini selaras dengan harapan Kanada. Pemulihan ekonomi diharapkan dapat meningkatkan selama dua tahun akan datang secara tidak langsung akan menguatkan dolar Kanada. Tetapi ini akan melemahkan jualan eksport. Produk Domestik Kasar Kanada dijangkakan akan menurun untuk bulan November.

US CB Keyakinan Pelanggan: 11PM Waktu Spura/Malaysia. Kepercayaan pelanggan AS naik lebih dari yang dijangka pada bulan Oktober untuk 50.2 selepas jatuh sebelumnya ke 48.6 pada bulan September. Kepercayaan Pelanggan telah membaik sejak September tetapi masih sangat rendah terutamanya disebabkan oleh keadaan pasaran tenaga kerja yang tidak baik. Walaupun demikian, AS telah menyaksikan kenaikan yang positive terhadap tenaga kerja yang meningkat dimana AS tidak menyaksikanya sejak 8 bulan yang lepas. Kita juga dapat menyaksikan pada cuti Thanksgiving pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas ramai pelanggan telah pun memulakan perbelanjaan yang memberangsangkan. Saya merasakan data ini akan lebih baik dan juga ada kemungkinan untuk memecah ramalan economist.

Perbicaraan Ben Bernanke: 4 PAGI Waktu Spura/Malaysia (1st Dec). Ketua Federal Reserve Ben Bernanke akan menyampaikan perbicaraan berjudul "Perbualan Tentang Ekonomi" di Fisher College of Business, di Columbus di mana ia akan terus mempertahankan rencana stimulus. Perbicaraanya mempunyai kesan yang kuat di pasaran.

1st December 2010 (Rabu)

Australia KDNK: 8.30AM Waktu Spura/Malaysia. Ekonomi Australia tumbuh pada suku kedua tahun 2010. Ini adalah yang terpantas dalam tiga tahun. Para ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan sebanyak 0.9% dari suku ke suku tahun dan 2.8% dari tahun ke tahun. Australia kini salah satu negara maju terkuat di dunia, dengan perkembangan didorong oleh lebih dari perningkatan industri perlombongan.

American ADP Non-Farm Employment Change: 9.15PM Waktu Spura/Malaysia: UStanpa-pertanian tenaga kerja swasta naik lebih dari yang dijangka pada 43k pada bulan Oktober, selepas menjatuhkan 2K pada bulan September. Data ADP terjadi dua hari sebelum non-pertanian kerajaan persekutuan. Laporan gaji menunjukan ada sedikit perbaikan di pasaran kerja, tetapi tidak cukup untuk memaksa tekanan pada kadar
pengangguran sekarang. Pada bulan ini dijangkakan akan terus meningkat.

US ISM Manufacturing PMI 11PM waktu Spura/Malaysia: Indeks Pengkilangan meningkat menjadi 56.9 pada bulan Oktober, selepas jatuh ke 54.4 pada bulan September sementara penganalisis menduga pembacaan 53.6. Kenaikan ini terus menerus menunjukkan sektor perkilangan mengembang dari satu bulan ke satu bulan berturut-turut. Penurunan kecil ke paras 56.3 dijangkakan untuk bulan November. Saya menjangkakan kemungkinan untuk memecah ramalan ini kerana perningkatan pekerjaan mungkin akan menyebabkan kenaikan Indeks Pengkilangan.

2nd December 2010 (Khamis)

Euro-Zone Rate Decision: 8.45PM Waktu Spura/Malaysia. Bank Pusat Eropah (ECB) telah mempertahankan suku bunga di zon euro ditahan pada rekod rendah 1% untuk bulan ke-18 berturut-turut. Presiden ECB Jean-Claude Trichet menolak untuk bertindak balas terhadap tindakan Fed dan menyokong keputusan ECB untuk mempertahankan tingkat suku bunga inflasi. Harga diharapkan tetap pada 1%.

Tuntutan Pengangguran AS: 9.30PM Watku Spura/Msia. Jumlah tuntutan pengangguran Amerika mengajukan penurunan secara drastik ke 407K lebih baik daripada 441K di minggu sebelumnya, sedangkan anggaran jankaan adalah 434K. Seorang penganalisis Jabatan Tenaga Kerja mengatakan tuntutan mingguan selama seminggu antara Hari Thanksgiving dan hari libur. Pertanyaannya adalah apakah tuntutan akan tetap rendah di minggu ini pada masa depan, atau naik kembali. Kenaikan semula pada 425K diramalkan. Pada pendapat saya, kebarangkalian Jumlah Pengangguran mungkin tidak naik setinggi ke paras 425k dari 407k.

Pending Home Sales AS: 11PM Waktu Spura/Msia. Pending penjualan rumah di AS tak terduga turun 1.8%  pada bulan September menunjukkan bahawa pemulihan sektorerumahan adalah akan tetap tidak merata hingga sekurang-kurangnya awal 2011. Pending jualan pada bulan tersebut adalah 24.9% di bawah tahap September 2009 dan itu adalah lebih buruk daripada 20.1% dari tahun ke tahun, tercatat penurunan pada bulan Ogos. Penurunan ini berlaku meskipun Kongres menyambung waktu penutupan kredit pembeli rumah pada 30 September 2010. Sedikit lagi penurunan dijangkakan kepada 0.9%

3rd December 2010 (Jumaat)

Kerja Data Kanada: 8PM Waktu Spura/Msia. Kerja di Kanada naik 3.0K selama bulan Oktober selepas jatuh 6.6K bulan sebelumnya. Kadar pengangguran secara tak terduga turun kepada 7.9% dari 8.0% pada bulan September. Kerja Sepenuh Masa melonjat kepada 47.2K untuk menandakan peningkatan terbesar sejak Ogos.

US Non-Farm Employment Change: 9.30PM Spura/Msia Time. Situasi kerja dijemput secara signifikanya pada Oktober daripada -41,000 pada bulan September kepada 151,000 pada bulan Oktober. Gaji sektor Swasta pula meningkat kepada 159,000 pada bulan Oktober, jauh di atas perkiraan konsensus 60, 000 dan kadar pengangguran tetap sebanyak 9.6%, sama dengan jangkaan konsensus. Peningkatan yang lebih kecil kepada 146,000 diharapkan sekarang. Bagaimanapun, saya tetap setuju bahawa pasaran pekerjaan di AS telah beransur pulih walaupun dengan pelahan. Ini membanggakan kerana sudah lama AS tidak melihat situasi begini walaupun jumlah yang besar diperlukan untuk membaik pulih ekonomi AS.

US ISM Non-Manufacturing PMI: 11PM Waktu Spura/Msia. Sektor perkhidmatan di AS naik kepada 54.3 pada bulan Oktober, selepas naik kepada 53.2 pada bulan September. 11 industri melaporkan pertumbuhan pada bulan September dan 3 industri melaporkan kontraksi pada bulan tersebut. Indeks bulan November dijangka akan meningkat menjadi 54.7.

Dengan semua berita berita di atas apakah Trading Plan kamu?

Bagi saya, dengan masalah krisis kewangan di Ireland yang belum selesai dah pilihanraya di Ireland yang menjangkakan pihak kerajaan akan kalah, saya tidak fikir ini adalah perkara yang bukan mudah yang dapat diselesaikan segera. Malahan, ia boleh merebak hingga ke Portugal dan Sepanyol.

Di Korea Selatan pula, pihak Korea Utara telah menyuarakan bahawa pihaknya akan melancarkan peperangan jika pihak Korea Selatan tidak hentikan latihan tenteranya bersama pihak Amerika. Amerika pula telah menghantar kapal perangnya ke Korea Selatan.

Jika anda adalah pelabur, apa yang akan anda lakukan? Kalau saya, tentulah saya akan memindahkan wang saya dari Europah kepada matawang yang lebih selamat iaitu US Dollar, Dolar Australia, Dollar Kanada ataupun Emas.

Saya tidak akan beli Yen kerana Jepun amat dekat dengan Korea Selatan dan Utara.

Saya jangkakan US Dollar akan kuat lagi untuk minggu akan datang ini. Kebarangkalianya adalah tinggi. Tetapi saya tidak nafikan bahawa pihak Europa juga boleh bersatu untuk menolong Ireland dan akan menyebabkan Euro untuk kuat dalam 1 hingga 2 hari di dalam minggu hadapan.

Analisa Fundamental adalah penting dalam dagangan matawang asing dan perlu dikupas setiap hari. Dengan demikian, anda disyorkan supaya datang ke setiap sesi ‘LIVE TRADE’.

Mulai minggu hadapan, anda cuma boleh menggunakan FXCM Trading Station untuk ‘LIVE TRADE’. Jika tidak anda tidak akan mendapat signal Fundamental melalui SMS dan tidak akan dapat Analisa Fundamental Mingguan.

Pihak NusajayaFX akan membantu anda cara untuk membuat deposit minggu ini. Semua akaun FXCM pelajar telah siap dan hanya menunggu di depositkan. Sila memperiksa emel anda. Anda harus ada Temporary ID dari FXCM.

Terima Kasih.


LIVE TRADE @ BATU PAHAT 30/11(Selasa), 2/12(Khamis) & 3/12(Jumaat)
*Sila hadir kerana kejayaan dagangan terletak pada kerajinan anda sendiri.

Nazril Sabtu
CEO
Analisa Fundamental
NusajayaFX.com
Nusajaya Wealth Management Pte Ltd
Nusajaya Wealth Management Sdn Bhd
nazril@nusajayawealth.com


Disclaimer: Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. The high degree of leverage can work against you or benefit you. Before deciding to trade foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exist that you could sustain a loss of some or all of you initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts. Any opinions, news, research, analysis, prices, or other information received during this course, training or support classes does not constitute investment advice. Nusajaya Wealth Management Pte Ltd will not accept liability for any loss or damage, including without limitation to, any loss of profit, which may arise directly or indirectly from use of or reliance on such information.
NusajayaFX Training Centre | NusajayaFX.com